Apakah perbezaan diantara GPRS, EDGE, 3G dan 4G?

info semasa:
Apakah perbezaan diantara GPRS, EDGE, 3G dan 4G?

GPRS: Merujuk kepada perkhidmatan rangkaian 2G yang menyediakan data asas sehingga 56 kbps (menyamai kelajuan “dial-up”)

EDGE: Merupakan teknologi 2.5G, suatu penambahbaikan daripada teknologi 2G serta menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi berbanding GPRS. Kelajuan EDGE boleh mencapai sehingga 144 Kbps.

3G: Teknologi 3G menyediakan kadar pemindahan data yang lebih tinggi dan lebih laju berbanding rangkaian 2G (EDGE & GPRS). Teknologi ini secara teorinya mampu mencapai kelajuan sehingga 10 Mbps.

4G: Teknologi ini berpandukan pada platform LTE dan merupakan teknologi terbaru dalam dunia pemindahan data mudah alih. 4G merupakan generasi seterusnya dalam komunikasi mudah alih dan merupakan teknologi paling maju pada masa kini. Secara teorinya, kelajuan pautan muat turun data melalui 4G adalah antara 10 sehingga 50 Mbps