Bagaimana periksa status akaun Di ONEXOX.
Apabila menjadi pengguna di ONEXOX. Anda perlu tahu status akaun anda bagi mengelakkan simkad anda di terminate atau di tamatkan begitu sahaja.
Status Akaun Anda di ONEXOX
A B C D E F |
Didaftarkan: Aktif: Digantung: Disekat: Ditamatkan: Didaftarkan: Tiada Status: Ditamatkan: |
Kitaran akaun prabayar bermula disini.
Status bertukar menjadi AKTIF apabila telah memasukkan SIM kad ke dalam telefon dan panggilan pertama berjaya dibuat. *Top up hanya boleh dibuat selepas berjaya membuat panggilan pertama. Status bertukar menjadi DIGANTUNG selepas tamat tempoh aktif. Didalam tempoh ini, panggilan keluar dan penghantaran SMS tidak dibenarkan kecuali membuat panggilan ke nombor-nombor kecemasan dan hanya boleh menerima panggilan serta SMS sahaja. Status bertukar menjadi DISEKAT selepas 30 hari digantung. Didalam tempoh ini, panggilan keluar/masuk, penghantaran/penerimaan SMS tidak dibenarkan kecuali membuat panggilan ke nombor-nombor kecemasan sahaja. Akaun prabayar DITAMATKAN selepas 30 hari disekat dan nombor telefon dilupuskan. Kitaran akaun prabayar bermula disini. Apabila tidak memasukkan SIM kad ke dalam telefon atau tidak membuat sebarang panggilan setelah akaun didaftarkan. Akaun prabayar DITAMATKAN setelah gagal memasukkan SIM kad ke dalam telefon atau gagal membuat sebarang panggilan berjawab selepas 30 hari akaun didaftarkan. Nombor telefon dilupuskan |
*Nombor yang sudah di lupuskan/di tamatkan tidak dapat digunakan kembali. Nombor tersebut akan di kitar semula.
Jadual 1 (jika tidak membuat sebarang top up didalam tempoh AKTIF 30 hari)
Bermakna selepas 30 hari akan ada baki lagi 60 hari sebelum simkad akan di tamatkan.