Macam mana nak kekal nombor lama atau Mobile Number Portability (MNP)?
Bakal pengguna boleh mengekalkan nombor lama dan menikmati tempoh sah sehingga 28 bulan. Untuk kekalkan nombor lama. Pastikan anda ialah pemilik nombor ini. Sekiranya bukan pastikan anda tahu nama penuh dan nombor IC/passport untuk nombor tersebut.Apakah itu Mobile Number Portability (MNP)
Mobile number portability( MNP) adalah mengekalkan nombor sedia ada dan memindah langganan kepada penyedia rangkaian yang baru
Apakah langkah yg perlu diambil sebelum membuat MNP?
Pelanggan pasca bayar/pengguna postpaid (bil)
-Pastikan anda ialah pemilik akaun.
-Langganan anda dalam berkeadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
-Sekiranya mempunyai talian tambahan, kesemua talian perlu di pindahkan bersama. Jika tidak anda kena pisahkan terlebih dahulu di Centre Syarikat sedia ada.
-Tempoh penukaran akan mengambil masa lebih kurang 5 hari waktu bekerja.
Pelanggan prabayar/pengguna prepaid
-Pastikan anda ialah pemilik langganan.
-Sila pastikan nama penuh serta nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
-Langganan anda aktif dan mempunyai kredit minimum RM2 untuk proses port in.
Bagaimanakah hendak semak nombor kad pengenalan samada sama dengan maklumat pemilik asal bagi nombor yg hendak di MNP?
Cara pelanggan prabayar menyemak butiran kad pengenalan daripada penyedia rangkaian sedia ada :
1. Pelanggan CELCOM: Hubungi terus khidmat Pelanggan celcom di talian 1300-11-000
2. Pelanggan DIGI: TAIP : CHECKID >jarak< (NO. IC) dan hantar ke 2000 Cth : CHECKID 801002035111
3. Pelanggan MAXIS: TAIP : (NO. IC) dan hantar ke 22011 Cth : 801002035111
4. Pelanggan U-Mobile : TAIP : VERIFY >jarak< (NO. IC) dan hantar ke 28011 Cth : VERIFY 80100203511
Manakala bagi pelanggan-pelanggan daripada Happy, Tron, Clixter, Buzz Me, Tune Talk,Mereka perlu menelefon pusat khidmat pelanggan masing-masing untuk menyemak Butiran kad pengenalan
Berapa lama masa yg diambil bagi Proses MNP ?
Status permohonan MNP boleh diketahui dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat
Nyatakan sebab-sebab Permohonan MNP di tolak ?
- Nombor telah tamat perkhidmatan
- Nombor kad pengenalan lama / baru salah @tidak sama dengan maklumat pemilik asal
- Nombor ID polis/tentera salah
- Nombor Passport salah
- Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal
- Mempunyai akaun tertunggak
- Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar
- Nombor tersebut mempunyai talian tambahan di bawahnya.
- Akaun melebihi had kredit
- Nombor tidak aktif (MESTI topup untuk aktifkan)