soalan data internet

Berapa kelajuan Data internet ONEXOX ?

kelajuan internet bergantung pada network celcom di lokasi berhampiran anda. Sekiranya network celcom di lokasi anda stabil, anda tidak akan mengalami masalah untuk menggunakan data internet kami. Buat masa ini kesemua MVNO dibawah CELCOM mempunyai spped maksimum 3.6 mbps.


Sekiranya tempoh sah kredit sudah tamat, tetapi langganan data masih aktif, adakah masih boleh menggunakan data tersebut?
Tidak boleh. Anda harus menambah nilai untuk panjangkan tempoh sah kredit


Bolehkah saya menyemak baki yang ada pada saya atau kuota semasa melanggan Pelan Data saya?
Ya Boleh. Untuk menyemak penggunaan data anda yang selebihnya boleh didapati melalui XOX Self- Care. Atau SMS : BAL hantar ke 22111 ( Baki data serta tempoh sah langganan akan dipaparkan)


Bolehkah saya membawa ke hadapan atau memindahkan kuota yang tidak digunakan saya untuk bil yang seterusnya atau akaun lain ?
Tidak boleh. Semua pelan yang di langgan tidak boleh dipindahkan atau dibawa ke hadapan.

Apa yang akan berlaku jika saya Melebihi kapasiti data saya Dalam tempoh sah ?
Anda akan menerima SMS peringatan Apabila Anda Mencapai 80 % dan 100 % daripada kapasiti data langganan anda. Langganan Pelan Internet anda akan berakhir setelah anda mencapai 100% kuota dibenarkan. Jika anda ingin terus menggunakan Pelan Data Mudah Alih, anda harus melanggan semula langganan data internet dengan menghantar semula kod arahan ke 22111 .


Apa itu ADD On?
ADD on adalah perkhidmatan untuk membantu anda menguruskan akaun Internet Mudah Alih anda. Anda boleh membeli kuota tambahan ( Kuota Data) serendah RM5 . Biasanya anda anda akan menerima SMS peringatan apabila anda mencapai 80% penggunaaan daripada kapasiti data langganan anda dan SMS arahan untuk tambah belian data langganan anda.
Jumlah ADD on yang kami sediakan :
100MB untuk RM5 200MB untuk RM10 300MB untuk RM15 1GB untuk RM35
* Untuk tambah belian, SMS mesej input yang anda pilih seperti di atas dan hantar ke 22111 .
( Cth : DATA ADD 100,200,300 atau 1GB dan hantar ke 22111)



Bolehkah saya menyahaktifkan perkhidmatan Auto- Pembaharuan Pelan Data Mudah Alih saya?
Ya boleh , SMS DATA OFF dan hantar ke 22111 jika anda ingin menyahaktifkan ciri Auto- Pembaharuan XOX Pelan Data Mudah Alih anda.
( Cth: DATA OFF hantar ke 22111)

Adakah saya akan diberitahu apabila Pelan Data Mudah Alih saya telah berjaya diperbaharui secara automatik ?
Ya, anda akan menerima SMS pemberitahuan

Bagaimana jika akaun auto- melanggan gagal pada tempoh akhir langganan saya?
Langganan tersebut akan gagal untuk auto- melanggan sekiranya baki tidak mencukupi, dihalang dan status disekat. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi di dalam akaun prabayar anda.
* Harap maklum bahawa semua promosi tidak sah untuk langganan selepas tamat tempoh promosi.

Bagaimana jika langganan saya tidak berjaya ?
Sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 12273 atau 1300-888-010 untuk bantuan selanjutnya.


Bagaimana saya nak tetapkan tetapan manual telefon mudah alih untuk melayari internet?
Sila masukkan setting berikut butiran secara manual ke Connectivity anda seperti yang dikehendaki untuk telefon bimbit anda untuk menggunakan Perkhidmatan Data dengan berkesan:

APN:XOX
Internet mode: Http
Username: none
Password : none ...
Authentication type : none
Use Proxy: Yes IP
Address Proxy : none
Port No Proxy : 8080
Username Proxy : none
Password Proxy : none
MNC:19 MCC:502


Apa yg patut saya buat sekiranya saya sudah berjaya melanggan data internet tetapi masih tidak boleh melayari internet ?
- Masukkan Tetapan manual ke telefon mudah alih anda
- Sekiranya sudah menetapkan tetapan ke telefon mudah alih, cuba OFF dan ON kembali telefon mudah alih anda.
- Sekiranya tidak berjaya juga, ia bermungkinan disebabkan oleh masalah telefon mudah alih anda.
* kebanyakan telefon mudah alih yg mempunyai “DUO SIM” akan mengalami masalah seperti ini iaitu data internet tidak dapat dikesan dan penyelesaiannya anda harus memakai 1 SIM sahaja di dalam telefon mudah alih utk melayari internet.
- Sekiranya masih tidak ada penyelesaian, anda harus menghubungi khidmat pengguna kami di 12273 untuk bantuan .