Kenapa anda perlu cuba perniagaan ini.
Sekiranya anda bekerja , berniaga atau belajar , tetapi anda
ingin mencari duit tepi atau pendapatan pasif setiap bulan. Anda boleh
melakukan perniagaan ini tanpa perlu berhenti kerja atau berniaga serta tidak
perlu mengganggu waktu belajar.
Perniagaan ini tidak memerlukan komitmen yang tinggi seperti
perlu menghadiri mesyuarat, mesti
mencapai target jualan setiap bulan, memerlukan modal yang besar, dan
lebih banyak kebebasan bergantung pada usaha yang di lakukan.
Apabila anda membaca di bahagian ini, saya percaya anda
sudah memahami kekuatan produk ini sendiri di mana matlamat kita adalah untuk
membantu semua orang dapat berjimat dan tidak membayar lebih dari sepatutnya.
Sekiranya masih belum memahami mengenai produk , saya menggalakkan anda untuk
mengetahui mengenai produk terlebih dahulu sebelum meneruskan bacaan.
Mudah untuk menjual.
Dengan kekuatan produk yang memberi banyak kelebihan kepada
pelanggan, tidak sukar untuk berkongsi dengan semua orang. Dengan harga yang
mampu di miliki oleh semua orang iaitu hanya RM10 untuk bertukar ke ONEXOX akan
membuatkan pelanggan tidak perlu berfikir panjang untuk membuat keputusan.
Potensi pelanggan yang ramai.
Tidak perlu risau untuk mendapatkan pelanggan kerana pasaran
untuk produk ni sangat besar. Target pelanggan anda ialah sesiapa sahaja yang
menggunakan telefon. Di Malaysia terdapat 42 juta pengguna telefon bimbit. Di
mana 38 juta ialah pengguna prepaid.
Kenapa jumlahnya lebih tinggi dari jumlah rakyat Malaysia
iaitu menghampiri 30 juta pada tahun ini? Ini kerana terdapat pengguna yang
menggunakan lebih dari satu telefon.
Pasaran baru (Fresh Market)
Syarikat ONEXOX masih baru iaitu di lancarkan pada Januari
2014. Sehingga sekarang (update Mei 2015) , kita sudah berjaya mencapai
520,000 pengguna. Jadi masih ada ramai lagi potensi pelanggan untuk semua yang
terlibat dalam perniagaan ini.
Keperluan pada masa kini
Kita semua tahu telekomunikasi sudah menjadi salah satu
keperluan untuk setiap rakyat Malaysia seperti mana kenderaan , perkhidmatan
elektrik , perkhidmatan air , minyak kenderaan dan sebagainya. Setiap orang
yang menggunakan telefon bimbit PASTI akan membuat TAMBAH NILAI pada SETIAP
BULAN. Purata rakyat Malaysia membuat tambah nilai ialah RM50 setiap bulan.
Pendapatan Pasif atau duit pencen.
Dengan ONEXOX , sebagai seorang pengedar (dealer) akan
menerima 10% dari jumlah tambah nilai dari setiap pelanggan yang berjaya di
jual oleh mereka setiap bulan. Anda sebagai pengedar hanya perlu membuat kerja
sekali sahaja iaitu memperkenalkan mengenai produk kepada pelanggan dan
mengajar mereka cara untuk menggunakan SIM kad ONEXOX. Selepas itu anda akan
menikmati ganjaran pada setiap bulan iaitu selagi mereka menggunakan produk dan
membuat tambah nilai maka selagi itu anda akan menerima ganjaran setiap bulan.
Bagaimana jadikan perniagaan ini sebagai duit pencen anda?
Dengan melakukan perniagaan ini, anda tidak perlu risau
dengan komitmen pada masa hadapan. Kerana apabila anda berjaya mencapai target
anda dan bercadang untuk berhenti melakukan perniagaan ini. Pendapatan anda
setiap bulan anda tidak akan terjejas kerana pelanggan sedia ada masih tetap
menggunakan produk dan membuat tambah nilai. Maka anda tetap menerimanya.
Contohnya : Ali bercadang ingin membuat perniagaan ini dalam
masa 2 tahun sahaja atau mencapai pelanggan sebanyak 2500 pelanggan. Bergantung
mana dahulu. Selepas 2 tahun Ali berjaya mencapai 2500 pelanggan di bawahnya.
Kira-kira : purata pelanggan membuat tambah nilai = RM50
sebulan.
Pelanggan Ali = 1000 pengguna
Pendapatan = 10% x 1000 x RM50 = RM5,000.00
Bayangkan selepas berjaya mencapai 1000 pelanggan , Ali
membuat keputusan untuk berhenti melakukan perniagaan ini. Maka setiap bulan
Ali akan mendapat pendapatan sebanyak RM5000. Sama ada kurang sedikit atau
lebih sedikit. Ali akan terus mendapat pendapatan ini sampai bila-bila kerana
pelanggan Ali akan tetap melakukan tambah nilai. Bayangkan jika itu adalah
pendapatan anda.
Anda usaha anda yang dapat
Perlu di fahamkan bahawa ini adalah bukan perniagaan
Multilevel atau skim cepat kaya. Perniagaan ini bukanlah dengan tujuan untuk
membuatkan orang atas menjadi kaya dan lebih kaya. Ini adalah perniagaan biasa
iaitu kita menjual sesuatu produk kepada para pengguna. Lebih banyak yang anda
perkenalkan maka lebih banyak yang bakal anda dapat. Perniagaan ini bukan
perniagaan yang mewajibkan pengguna lain juga untuk mencari pengguna baru sama
ada untuk di pasang-pasangkan atau sebagainya.
Biar produk yang bercakap untuk anda
Apabila anda sudah mempunyai ramai pelanggan . Pasti anda
akan dapat rasa keajaibannya selepas itu. Kerana anda akan menerima lebih ramai
pelanggan dan lebih mudah. Ini kerana apabila pengguna di bawah anda berpuas
hati dengan produk ini maka dengan sendirinya mereka akan mula bercerita dengan
orang di sekeliling mereka. Lumrah manusia yang ingin berkongsi perkara yang
baik dengan orang di sekeliling mereka. Sebagai seorang pengedar akan menjadi
kelebihan yang besar untuk anda kerana pelanggan anda akan mencari anda kembali
untuk mendaftarkan rakan dan keluarga mereka pula.
Ini adalah salah satu strategi syarikat ONEXOX yang tidak
menggunakan pengiklanan tradisional yang mahal seperti iklan di televisyen ,
surat khabar , radio dan sebagainya. Sebaliknya menggunakan kekuatan promosi “mulut
ke mulut” di mana ia sangat berkuasa. Buktinya dalam masa 9 bulan berjaya
mempunyai 170,000 pengguna.
Saya percaya jika anda lakukan perniagaan ini dengan niat
untuk membantu ramai orang berjimat dan memberi nilai dalam kehidupan setiap
orang. Anda akan lebih maju dan akan menerima ganjaran yang lumayan pada masa
hadapan.
Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya