bagaimana tambah nilai di ONEXOX

Bagaimana tambah nilai di ONEXOX?

Picture




Top up akaun ONEXOX anda

Top up hanya boleh dilakukan selepas berjaya membuat panggilan pertama yang berjawab setelah selesai pendaftaran akaun prabayar anda.

Apabila anda membeli top up di kedai yang terpilih. Sila beritahu top up XOX. (kalau produk lain macam maxis, celcom, digi).

Anda boleh membeli top up daripada mana-mana pengedar sah ONEXOX dan pusat-pusat jualan yang dilantik melalui:

a. E-recharge daripada pengedar-pengedar sah ONEXOX.
b. Slip top up/kod elektronik XOX daripada semua terminal e-pay, MOL (Money Online) dan 7Eleven.
c. Top up menerusi portal Self Care

Top up akaun prabayar anda menerusi:

USSD
a. Top up akaun sendiri: dail  *132*1*<Pin kod 16-angka>#

b. Top up akaun rakan anda: dail  *132*1*<Pin Kod 16-angka>*<nombor telefon>#
    Contoh: *132*1*<Pin Kod 16-angka>*010300XXXX#

SMS
Top up akaun sendiri: taip  REC<jarak>PR<jarak><Pin Kod 16-angka>  dan hantar ke 22111

Panggilan
Dail 13322 dari nombor ONEXOX anda.