Bagaimana tempoh sah di ONEXOX

Bagaimana tempoh sah di ONEXOX?

Untuk nombor baru , selepas simkad aktif (panggilan pertama) pengguna akan mendapat tempoh sah sehingga 30 hari.

Untuk nombor kekal akan mendapat tempoh sah sehingga 28 bulan.

Sekiranya nombor baru atau kekal tidak di aktifkan (membuat panggilan pertama) dalam masa 30 hari selepas di daftarkan maka simkad itu akan di tamatkan.

*Panggilan pertama mestilah dijawab bukan sekadar miscall.

Untuk tempoh sah adalah mengikut kadar RM1 untuk 1 hari. Sekiranya anda top up seperti di bawah
RM5    = 5 hari
RM10  = 10 hari
RM30  = 30 hari
RM50  = 50 hari

Tempoh sah yang panjang sehingga 368 hari!

Tempoh sah akaun anda akan terkumpul secara automatik setiap kali anda membuat top up; dan ianya boleh membawa sehingga 368 hari! Ini bermakna tempoh sah yang baru hanya akan bermula daripada tarikh luput tempoh sah top up yang dibuat sebelumnya. Ikhlas daripada kami tanpa caj-caj tersembunyi.
Picture 
Setiap kali anda top up, tempoh sah akan bertambah. Ia di kira dengan RM1 untuk satu hari. Sekiranya dalam tempoh 30 hari anda sudah top up untuk kali kedua pada hari ke dua puluh. Maka tempoh sah anda juga bertambah. Bayangkan anda top up RM50, dan anda menerima 50 hari lagi tambahan tempoh sah.