Bagaimana tempoh sah 28 bulan di ONEXOX

Bagaimana tempoh sah 28 bulan di ONEXOX?

Tawaran ini diberikan istimewa buat semua pelanggan yang telah memindahkan nombor kesayangan mereka ke pelan ONEXOX.

Tarikh luput tempoh sah akaun prabayar anda akan diubahsuai untuk dipanjangkan ke 28 bulan. Anda akan menerima tempoh sah ini selepas 2 minggu dari tarikh simkad anda berjaya didaftarkan.Walau bagaimanapun, sekiranya tempoh sah masih juga tidak dipanjangkan selepas tempoh tersebut, sila hubungi khidmat pelanggan di talian 12273 untuk pengubahsuaian secara manual


 Tiada apa-apa syarat dikenakan melainkan hanya kekalkan nombor lama anda.Anda boleh periksa tarikh tamat tempoh sah di bahagia semak baki .


Selepas nombor aktif dan berjaya menerima tempoh sah sehingga 28 bulan. Apabila anda tidak membuat top up, baki dalam telefon masih boleh di gunakan selama 28 bulan. Sekiranya selepas 28 bulan anda tidak melakukan top up. Barulah simkad anda di tamatkan.

Bila pengguna top up, tempoh sah akan bertambah mengikut nilai yang di top up ( RM1=1 hari). Ini bermakna tempoh sah pengguna akan terus bertambah dan bertambah setiap kali melakukan tambah nilai.

Kini anda tidak perlu risau lagi tentang tarikh luput kerana setiap ringgit top up yang anda buat selepas ini akan senantiasa memanjangkan lagi tempoh sah akaun anda.