Bagaimana berjuang di jalanan/event/karnival/kedai makan
Salah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan pelanggan ialah melalui direct approach. Kebaikannya ialah kita akan mendapat prospek baru yang mungkin kita tidak pernah kenal. Potensi untuk membuat jualan terus adalah lebih tinggi berbanding orang yang kita kenal.
Perkara yang perlu di fahami dan di terima apabila membuat jualan dengan cara begini ialah penolakan (rejection). Penolakan ialah perkara biasa dalam membuat jualan secara terus. Lebih banyak anda di tolak lebih tinggi peluang anda untuk mendapatkan pelanggan.
Kebiasaannya kita menggunakan istilah permainan nombor (game of number). Ada orang yang akan mendapat pelanggan selepas menegur 10 orang pelanggan. Ada juga yang hanya 5 orang. Semuanya bergantung kepada cara dan pengalaman. Anda boleh cuba berapa kadar untuk anda mendapatkan pelanggan. Berdasarkan pengalaman penulis , untuk produk onexox ini benar-benar membantu mengurangkan kadar iaitu hanya 5 orang pelanggan sahaja perlu di tegur untuk mendapatkan satu pelanggan.
Persediaan
1. Anda perlu tahu sedikit sebanyak mengenai produk dan jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuat kajian yang secara mendalam. Kerana sewaktu anda melakukan penerangan ia akan membantu mempelajari perkara yang mungkin tidak terlintas oleh anda. Dari situ anda dapat menajamkan skill dan pengetahuan anda.2. Sediakan skrip asas penerangan mengenai produk. Boleh rujuk contoh di bawah.
3. Berlatih membuat penerangan di hadapan cermin atau di depan keluarga atau rakan. Sekurang-kurangnya dapat memberi keyakinan kepada diri sendiri.
4. Mulakan dengan apa yang ada. Walaupun hanya sekadar sehelai kertas dan pen.
Contoh skrip perbualan
Senyum dan sebut cheese (tapi jangan bunyi hahaha). Elakkan dari mengalihkan pandangan mata anda dengan pelanggan kerana ini akan menyebabkan pelanggan hilang kepercayaan.
Introduction
Perkenalkan diri anda. “Assalamualaikum Tuan/Puan saya Hisham dari ONEXOX SDN BHD. Saya nak minta sedikit masa untuk buat sedikit survey. Dalam DUA minit (untuk buat customer tidak rasa tertekan). Sekejap je. Encik/ Puan ada menggunakan telefon kan?
*saya lebih suka menggunakan perkataan abang/kakak supaya nampak lebih mesra.
Soalan: Abang/kakak sekarang guna telco/line apa ye?
Customer jawab : Maxis / celcom / digi etc
Soalan :Dah berapa lama guna?
Customer jawab : sudah dalam 5 tahun.
Soalan :Postpaid atau prepaid apakah yang Tuan/cikpuan gunakan?
Customer jawab : Prepaid / pospaid
Penerangan : Pernah dengar OneXOX. Syarikat baru sama seperti Maxis , Celcom , Digi. Ini adalah syarikat Bumiputra . Baru di lancarkan Januari 2014 (tahun ini) tapi sekarang dah mempunyai pelanggan hampir 150000 pengguna.
Di ONEXOX terdapat dua kadar iaitu kadar biasa dan kadar ISTIMEWA.
Ini adalah kelebihan ONE TELCO.
ernah menjadi persoalan bagaimana ONE TELCO dapat memberi kadar istimewa yang begitu rendah adakah ianya untuk sementara ??
TIDAK. Ini adalah kerana di ONE TELCO terdapat kadar biasa yang lebih rendah daripada sesetengah Maxis BIASA.Yang Menarik ialah kita boleh menentukan samaada kita ingin menikmati kadar ISTIMEWA secara istimewa dengan kadar maksima, ialah dengan memperuntukkan sejumlah topup sekurang-kurangnya rm50 dan menikmati 100% kadar istimewa dengan nilai eload.
Ok Tuan hari ni saya nak sharing macam mane syarikat TELEKOMUNIKASI ni boleh buat untung.
1. Daripada voice mail message./ drop call ( yang ni kita call org dia off handset Tuan agkt jawab)
2. Daripada pay per use ( kita topup rm10, pastu subscribe internet rm2 atau rm5 tapi sebab tersyok tgk youtube or tau2 kredit dah habis)
3. Daripada SMS ( Kita ada SMS Percuma 1800, tapi saya tidak nafikan SMS kami agak mahal dari biasa(tp tuan dan cikpuan suka SMS ke Terus call).
4. SPAM SMS ( Tuan Puan pernah tak terima SMS selepas TOPUP RM 30 dan akhirnya kredit tinggal RM 2 shj ). Prepaid kami mampu sekat msg-msg macam ni.
Ni 4 sebab je dah buat dorang kaya raya, Untung Berbillion2 .. Tu untung dalam bisnes TELEKOMUNIKASI ni belum masuk 3G call dan MMS lagi.
Tuan dan Cik puan tau tak kadar prepaid / postpaid tuan dan puan?
PREPAID Izin kan saya buat satu demonstrasi. Sila cek Baki dan buat satu panggilan ke no saya seperti yang tertera pada fliers tu. Saya akan jawab selama 5 saat shj. Kalau rate saya lebih mahal saya bayar seringgit. J (laksanakan demonstrasi pastikan prospek call anda dahulu, kemudian baru buat demo untuk telefon anda setelah anda mendapat beza rate prospek anda)
POSTPAID Nanti selepas tuan dan puan terima bil, sila kira penggunaan tuan (berapa min) dan berapa yang perlu tuan bayar. Biasanya tuan perlu bayar lebih berbanding penggunaan tuan setiap bulan dan 6% akan dicukai oleh kerajaan.
Tips Demo : Sekiranya beza kadar prospek anda lebih tinggi dari 18sen, anda boleh call prospek sehingga 50 saat. Tetapi sekiranya kurang dari 18 sen jangan lebih dari 30 saat
Bagi flyers. Ok tuan hari ni saya nak sharing maybe rezeki tuan hari ni jumpa saya sbb ALLAH dah gerakkan hati tuan pergi sini jadi kita boleh berjumpa.
Saya nak bantu tuan berjimat kadar penggunaan telefon kita tiap bulan. Guna memang tetap kena guna. Tapi macam mana nak dapat kadar yang lebih rendah disamping tu kita nak bantu masyarakat bumiputera kita menjana ekonomi dan bantu kerajaan malaysia dalam bidang telekomunikasi.
Apa yang kita sediakan ialah perkhidmatan berkualiti (coverage celcom) pada kadar berpatutan bagi menarik pelanggan baru dengan plan yang direka khas untuk lebih penjimatan.
Strategi Pemasaran Unik dimana kita tidak ada iklan di mana-mana dan ini menyebabkan kita tidak membayar kos iklan yang tinggi serta kita dapat memberi pengguna kadar yang lebih jimat.
‘Pandang Mata Prospek’
~ Kadar Panggilan Serendah 0.05sen (Sesama ONEXOX dan XOX)
Menariknya di ONEXOX ni bila kita call orang tetapi tak dapat, kita hanya akan di caj 5 sen sahaja. Majoriti setiap hari bila kita buat panggilan jarang sekali kita dapat cakap dengan orang yang kita panggil dan kebanyakkannya masuk voicemail. Jadi dengan guna prepaid ni even 10 kali masuk voicemail baru 50sen sahaja. Berbanding rate tuan tadi. Kalau 10x dah berapa ?
~ Kadar Panggilan Serendah 0.07sen (Sesama ONEXOX dan XOX)
Kadar Istimewa di ONE Telco ni 15sen/minit, ada dua blok (setiap 30saat = 1 blok) Untuk 30 saat pertama tuan akan dicaj 7 sen dan 30 saat seterusnya 8 sen.
~ Panggilan serendah 0.06sen sesama 10 no Family & Friends
Kadar Istimewa 12sen/minit dan 2 sen sms. Sama seperti plan prepaid di telco lain kami juga ada Family and Friend untuk 10 no dari mana - mana rangkaian. Walaupun mereka gunakan maxis kita masih dapat call mereka dengan kadar yang murah setelah diaktifkan dalam plan fnf.
~ Panggilan serendah 0.09sen (Lain2 talian)
Untuk pelan ONE ke lain-lain rangkaian seperti DIGI, UMOBILE, dll. kita boleh dapat kadar serendah 18sen/ seminit. Ini juga amat-amat murah jika dibandingkan dengan mana-mana telco dalam pasaran sekarang. Kami bukan yang terbaik tapi antara yang terbaik.
~ 150 SMS percuma x 12 bulan (Sesama ONEXOX dan XOX)
Promosi untuk tahun pertama, sebab growth kita terlalu cepat, bos bermurah hati bagi SMS subsidi sebanyak 150 sms setiap bulan. Total setahun 1800 SMS ini pun dah RM 9.00. Ini untuk dalam rangkaian ONEXOX / XOX sahaja. Oleh sebab ni namapun promosi, sampai bila bos beri SMS ni kami pun tak tahu. So better upgrade sekarang kalau tak melepas.
~ No SPAM SMS
Di ONEXOX anda tidak akan dapat menerima mesej-mesej berbayar yang anda langgan sama ada sengaja atau tidak sebelum ni. Caller Ringtone anda juga akan dibatalkan. Ini untuk memastikan prepaid anda lebih jimat dan anda tidak membazir.
Kalau sebelum ni kita call orang , sudahlah kena bayar. lepas tu sms pun di cas lagi.. Kita jadi pengguna tapi kebajikan kita tak dijaga. Suka-suka je kadang-kadang potong kredit kita.
Kalau di PELAN ONEXOX ni kita dapat benefit dengan lebih banyak lagi berbanding TELCO lama kita jadi kenapa kita tak bertukar. Lagipun prepaid ni memang direka khas untuk LEBIH PENJIMATAN TANPA CAJ TERSEMBUNYI
~ Pelan Internet yg berpatutan dan liputan meluas (Celcom)
Untuk pelan Mobile Internet di ONE kita ada pelan internet serendah RM 3 = 100mb (sehari 24 jam.) untuk sebulan kita ade dua pakej 500mb (RM 18 ) dan pakej 1.5GB (RM29.99) tapi apa yang bestnye kita takde pay per use. Lepas habis kuota kita akan terima msg dan kita terus tak boleh online walaupun kita belum tutup mobile data.
Pay Per Use : Pernah tak tuan topup RM 30 beli pelan internet utk seminggu rm18 lepas tu, tup..tup.. dapat sms terlebih kuota dan paling malang sekali kredit terus habis. Menyesal subscribe pun ada. Prepaid yang ada dalam pasaran sekarang ni walaupun kita tak berniat nak online tapi kalau kita on mobile data tu kredit kita akan tetap jalan tapi kat ONEXOX perkara tu takkan terjadi sebab selepas habis kuota kita takkan telan kdt abg. Kredit abang selamat. Apa yang abang perlu buat ialah subscribe semula selepas habis kuota.
~ Topup dimana2 7-E, stesen minyak, e-pay, pej pos, online dll
Topup boleh diperolehi dimana-mana stesen minyak atau 7E dan mana-mana kedai 24jam atau kedai runcit yang menggunakan EPAY. Tapi berbeza dengan sebelum ni Tuan dan Cikpuan perlu beli Topup XOX.
Kami guna system XOX yang telah berada dalam pasaran lebih 3 Tahun dan public listed dalam Bursa SAHAM jadi company kami strong. Tapi disebabkan rate kami agak mahal dulu jadi agak kurang sambutan.
Sekiranya Tuan / cikpuan yang menggunkan perbankkan online juga lebih mudah kerana anda boleh membeli melalui SELF CARE XOX dengan hanya mendaftar di portal yang kami sediakan. Banyak yang boleh anda lakukan di self care xox.
~ Tempoh Sah sehingga 28 Bulan.
Untuk mendapatkan tempoh sah sehingga 28 bulan anda perlu mengekalkan no lama anda dan bertukar kepada ONEXOX, ini adalah salah satu daripada penghargaan kami kepada anda yang bertukar ke pelan yang lebih jimat. Tak perlu lah kita topup selalu. Kadang-kadang ada RM5 lagi pun dah tak boleh buat panggilan keluar.
~Insentif / Topup percuma 5%
Lagi satu penghargaan yang kami beri ialah topup ataupun insentif percuma kepada Tuan dan Puan. Saya pasti Tuan / Cikpuan mesti mempunyai keluarga dan jika dah berumahtangga dah tentu kene topupkan wife/husband dan anak-anak tuan puan?
Jadi tiada salahnya ajak mereka bertukar ke One Telco. Guna tetap guna tapi kat sini kita boleh dapat benefit dan berjimat lebih lagi.
Disamping itu Tuan/cikpuan boleh dpt dalam program ni ialah 5% daripada penggunaan bulanan mereka. Andai kata rm100/sbln jadi insentif rm5 untuk seorang yang diperkenalkan.
jika 1 orang = RM5
10 orang = RM50
20 Orang = RM100
Kenalkan 20 orang dah cukup untuk dapatkan RM 100 Topup percuma sepanjang hayat. Tak perlu topup sampai bila-bila.
Perkenalkan pada saya atau mana-mana dealer onexox dan saya akan cerita apa yang perlu untuk menjadi SAHABAT ONE sama macam tuan dan apa yang tuan akan dapat ialah 5% daripada penggunaan beliau. Menarik kan.
~ SEMAKAN SEMULA PENGGUNAAN BULANAN
Kelebihan ini menjadikan kami lebih baik dari POSTPAID dimana kita dapat meneliti dan memeriksa penggunaan kita setiap bulan melalui SELF CARE ONEXOX. Kita juga boleh memeriksa orang kita telefon dan SMS.
Kelebihan ini kita boleh gunakan untuk mengawal anak-anak dan mengetahui setiap panggilan yang mereka selalu lakukan.
Closing
3 Perkara yang saya nak yakinkan lagi Tuan dan Cik Puan.
1. Saya betul-betul nak ajak tuan dan puan berjimat. Jimat Cermat kan amalan kita.
2. Sekarang ni semua barang naik, kalau saya nak turunkan barang memang tak mampu. Kita kene tukar kerajaan. Tapi di sini kita boleh jadi pengguna bijak dan buat pilihan dengan bertukar ke ONEXOX yang guna coverage celcom ni kita dapat berjimat.
3. Dah lama dah tuan-cikpuan guna prepaid dan postpaid kepunyaan digi dan maxis tu, cukup-cukuplah bagi dorang duit. Setahun dua ni try guna ONEXOX kalau jimat teruskan lah kalau tak jimat tuan cikpuan boleh tukar semula ke plan yang tuan gunakan sekarang. Kitaorang takde kontrak. Jadi tuan puan tak perlu nak risau apa-apa dan u got nothing to lose.
Minta IC. – Kalau setuju minta IC Tuan/ Cik Puan boleh ?? kita isikan borang dan selepas isi. Tuan/cikpuan nak topup tak ? saya boleh topupkan bayar extra ikut jumlah topup. Harga simkard RM10 kalau nak topup RM10 byr saya RM 20
Reverse pshychology – Tuan tak nak upgrade no tuan ke ONE TELCO hari ni pun tidak mengapa, say tidak rugi tapi tuan yang rugi besar, tadi tu baru 5 saat, kalau tuan tunggu lagi sehari dua hari lagi banyak rugi. Guna prepaid pun dah berapa tahun dah. Saya nak membantu supaya akak dapat berjimat prepaid dan berbelanja lebih untuk KELUARGA dan family. Supaya esok lebih baik dari hari ni J .
Lagipun dah bertahun-tahun dah tuan melaburkan dan memberi keuntungan kepada MAXIS/CEL/DIGI. Banyak baiknya kalau kita melabur kepada syarikat 100% bumiputera dan meningkatkan ekonomi sesama umat ISLAM dan bagi saya untung sikit J.
Double My CASH
Ok tuan sebab tuan pelanggan ketiga saya, saya nak buat OFFER tuan boleh beli 2 KAD dengan harga RM15 je (jimat rm5) dengan syarat tuan topup RM10 tiap satu . Jadi total tuan kene byr RM35. 1 no lagi akan didaftarkan sebagai user tuan dan setiap kali dorang topup tuan akan terima 5% topup PERCUMA tiap2 bulan sepanjang hayat. Camne jadi tuan ??DAFTAR SEBAGAI SEORANG DEALER HARI INI DAN ANDA BAKAL MENDAPAT BUKU PANDUAN "BAGAIMANA MELAKUKAN PROMOSI SECARA OFFLINE".