Bagaimana berjuang secara online
Untuk melakukan promosi secara online , ianya boleh dilakukan secara percuma atau berbayar. Tapi saya lebih sukakan yang percuma. Cuma dengan sedikit usaha dan kesabaran pasti membuahkan hasil.
Sebelum memulakan perjuangan secara online , pastikan anda sudah mempunyai pengetahuan produk yang cukup. Dengan membuat nota jawapan untuk soalan yang bakal di tanya oleh rakan-rakan atau sesiapa sahaja. Anda boleh sediakan nota jawapan di laptop , telefon atau tablet. Kerana apabila bakal pembeli bertanya satu soalan anda tidak perlu kelam kabut berfikir dan menaip satu persatu. Apa yang perlu anda buat hanya copy jawapan tadi sahaja. Pastikan jawapan tidak seperti robot yang menjawab. Buat jawapan secara santai seperti berbual dengan seorang manusia.
Anda boleh dapatkan jawapan standard dari dealer anda atau buat lah sendiri. Untuk subdealer di bawah saya jangan risau kerana semua sudah ready untuk anda.
Ada beberapa cara mudah
Facebook/Twitter/Instagram
Personal akaun.
Setiap hari anda boleh update segala info, testimoni dan kelebihan produk ONEXOX di wall anda. Jangan terlalu rakus dan gelojoh untuk update semua benda mengenai produk. Dalam sehari mungkin 1-2 kali anda boleh update.
Cara yang paling mudah ialah berkongsi semua info samada dari group official atau mana-mana fanpage ONEXOX. Hanya klik share dan tinggalkan komen kepada yang berminat boleh pm....
Group soal jawab
Anda boleh menggunakan schedule untuk membantu anda membuat update setiap hari tanpa terlepas. Salah satu applikasi yang boleh di gunakan ialah hootsuite .
Group
Anda boleh join kebanyakan group iklan atau apa sahaja di facebook. Untuk seorang boleh menyertai sehingga 300 group. Anda iklan kan di group-group mengenai kelebihan produk.
Chatting
Pasti anda mempunyai ramai rakan di Facebook. Gunakan peluang ini untuk membuat sedikit survey dari rakan-rakan. Jangan terus melakukan promosi tetapi bertanyalah khabar terlebih dahulu kemudian barulah memberitahu tujuan kita untuk membuat sedikit survey. Boleh mula bertanya dengan Telco apa yang di gunakan, berapa lama, berapa purata nilai top up dan lain-lain. Kemudian berkongsi kebaikan produk dengan mereka.
Page
Anda boleh meninggalkan ayat promosi di komen pada status yang popular pada page yang mempunyai ramai pengikut. Lebih ramai komen lebih baik.
Forum
Anda boleh menyertai mana-mana forum dan berkongsi serta melakukan iklan. Pastikan anda juga aktif dalam memberi pendapat dan komen sambil meninggalkan link yang sepatutnya.Whatsapp / Wechat / Telegram
Berkongsi dengan semua rakan-rakan melalui medium-medium ini. Kerana ini paling mudah untuk memberitahu mereka kebaikan produk. Boleh hantar secara broadcast atau secara direct.DAFTAR SEBAGAI SEORANG DEALER HARI INI DAN ANDA BAKAL MENDAPAT BUKU PANDUAN "BAGAIMANA MELAKUKAN PROMOSI SECARA ONLINE".